
Bulan yang sentiasa di tunggu-tunggu oleh sekalian Ummat. Menjadi medan latihan diri dalam menuju ke arah redha Allah S.W.T.
Daripada Abu Hurairah, bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila tibanya Ramadhan, dibukakan pintu syurga dan di tutup segala pintu neraka dan di ikat segala syaitan. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Nisa'i, Ahmad dan Baihaqi)

Daripada Abu Hurairah; Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) dengan penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nisa', Malik, Ahmad dan Baihaqi)
Semoga Ramadhan kali ini memberi manfaat yang berbeza dari sebelum. Natijah Ramadhan di lihat selepas Ramadhan, kerana saat itulah kita berada di dalam medan peperangan.
p/s : Fatrah kerahmatan sudah berlalu, kini bermula fatrah Maghrifah (keampunan). Semoga dapat kita mengapainya. :)
p/s : Fatrah kerahmatan sudah berlalu, kini bermula fatrah Maghrifah (keampunan). Semoga dapat kita mengapainya. :)

0 comments:
Post a Comment