Amatlah rugi seandainya kita tidak mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam yang kesepuluh akhir bulan Ramadhan iaitu dengan mengerjakan sembahyang terawih, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya kerana sesungguhnya Allah S.W.T akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam tersebut. Subhanallah.
Lailatul Qadar adalah tanda kasihnya Allah kepada hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh yang beribadah semata-mata untuk mengharap keredhaan dan keampunan dari-Nya.
Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, bila masa dan kepada siapa yang dapat dari kalangan hamba-hambanya yang dikehendaki-Nya.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
Daripada Aisyah R.A. Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan." (Hadith riwayat Bukhari)
0 comments:
Post a Comment