Sebelum sibuk dengan persiapan untuk Eidulfitri yang akan menjelang. Ada baiknya saya meng-'update' blog. :)
Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada pembaca, pengunjung dan juga yang mengenali diri ini. Semoga Ramadhan kali ini mampu menjadikan kita muslim yang baik dengan konsistensi berpanjangan dalam amal ibadat untuk 11 bulan seterusnya.
Akhir kata, saya akhiri dengan sebuah hadith daripada Anas bin Malik, katanya: "Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: 'Sesiapa yang ingin rezekinya dilapangkan Allah atau ingin usianya dipanjangkan, maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim." (Riwayat Muslim)
Ingin saya kongsikan beberapa hadith yang saya baca mengenai hari raya.
Maksud firman Allah S.W.T : "Dan juga supaya kamu mencukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur." (Surah al-Baqarah 2:185)
Mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas R.A., beliau tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dab Baginda memakannya dalam bilangan yang ganjil." (Riwayat al-Bukhari dan Ahmad)
Daripada al-Barra' bin Azib bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (hari raya) ialah solat." (Riwayat al-Bukhari)
Berkata Wathilah: "Aku bertemu Rasulullah S.A.W pada Hari Raya dan aku katakan kepada Baginda : تقبل الله منكم منا ومنكم (semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kamu), lalu Baginda menjawab: 'Ya تقبل الله منكم منا ومنكم." (Riwayat al-baihaqi)
Jabir bin Abdullah R.A berkata: "Nabi S.A.W melalui jalan yang berbeza pada hari raya." (pergi dan pulang dari Masjid) (Riwayat al-Bukhari)
0 comments:
Post a Comment