Selama 25 tahun Harland Sanders (pengasas KFC) mencari rezeki dengan sebuah restoran kecil. Semasa berusia 65 tahun, ujian menimpa beliau. Kerajaan telah membina jejantas yang merentasi restoran beliau. Akibatnya, bisnes beliau lingkup sehingga pada satu tahap, duit yang tinggal dalam bank adalah $105. Oleh sebab beliau tidak ada wang untuk membuka restoran baru, beliau ingin 'menyewakan' resipi kepada pengusaha restoran dengan setiap ayam digoreng dibayar royalti 1 sen kepada beliau.
Hari ini, KFC adalah rangkaian restoran yang mempunyai 11,000 restoran di 80 buah negara. Jika tidak kerana jejantas yang menyebabkan beliau bangkrap pada awalnya, KFC mungkin tidak wujud hari ini. Dalam ujian, terkandung NIKMAT!
####
Kerana 1 markah, terpaksa saya mengorbankan lagi sekali RM100.
Mungkin terdapat hikmah di sebalik kejadian. Ketika hari 'peperangan' saya di timpa sakit yang sangat. Tidak mampu untuk berfikir dengan tenang apatah lagi dengan baik. Natijahnya, saya kekurangan satu ( 1 ) untuk menyelamatkan saya dari mengeluarkan RM100. Secara tidak langsung mungkin ini cara Allah untuk menegur saya kerana makin lama makin leweh mengulang al-Quran.
0 comments:
Post a Comment