Thursday, March 23, 2017

Reaksi kita kepada Ujian

Dalam kehidupan kita wajib ada ujian yang dikenakan kepada kita. Setiap ujian berbeza dengan manusia yang lain.

Ujian yang diberikan Allah kepada kita untuk uji keimanan kita kepada Dia. 

Pada petang itu, saya bersama Pacik Wan berkongsi cerita hinggalah satu ketika Pacik berkongsi satu cerita berkenaan dengan ujian. Pacik Wan seorang yang berkulit hitam manis,  berbaju pagoda putih dan senantiasa mengukir senyuman di wajah.

Hingga sekarang masih segar lagi pesanan Pacik pada saya. 

"Bila kita mengeluh berkenaan ujian Allah, tanda kita kata bahawa Allah tidak pandai mengatur".

Sentap hati bila mendengar, saya menelan satu persatu nasihat dan kata-kata hikmah daripada Pacik Wan. 

"Allah Maha Mengatur, Dia berikan ujian kepada kita sesuai dengan keupayaan kita" Sambung Pacik. Saya hanya mampu mengangguk dan benar sekali apa yang disebutkan. Tepat dengan maksud ayat 286 surah al-Baqarah. 

"Allah pinta kita sebagai hamba untuk cari jalan dan adakah kita hamba masih ingat pada Dia semasa kita dikenakan ujian."

Bila muncul situasi yang sukar bagi kita, apa reaksi kita? Ada yang mengeluh, ada yang menangis bahkan ada yang merintih berputus asa.

Allah melihat apa yang kita lakukan. Doa matlamat kita sebagai hamba Allah.



No comments: