Saturday, May 13, 2017

Bapa Borek Anak Rintik

Hari ini direzekikan untuk solat di masjid. Selepas solat, saya berehat di kawasan luar masjid sambil mengulangkaji untuk reka grafik iklan hari guru yang akan datang, tak lupa juga kaji dana dalam Public Mutual untuk melihat peluang untuk gandakan lagi simpanan klien dan juga saya sendiri.

Sedang berehat tiba tiba datang seorang abang ke sini, duduk bersila sambil membuka rehal. Digapainya senaskah al-Quran dan mula membaca. Tak lama kemudian datang seorang kanak kanak berumur 3 tahun. Manja, aktif dan ceria. Berlari ke arah abang tersebut, rupanya kanak kanak tersebut adalah anak kepada abang tersebut.

Si bapa mula mengaji, suara merdu persis Syaikh Misyari Rasyid Al-Afaasi mula kedengaran sayup-sayup. Si anak juga mula mengaji dengan vokalnya sendiri. Comel. Hehehe.

Harini baru nampak depan mata kebenaran peribahasa melayu. Bapa borek anak rintik.

No comments: