Tuesday, May 16, 2017

Block Orang dalam Media Sosial

Apa yang menarik hati kita untuk bersama dengan sebuah organisasi bukannya terletak kepada nilai gaji atau upah yang diberi mereka. Kita berada di mana-mana organisasi lebih kepada nilai emosi yang dapat kita perolehi daripada mereka.

Pandangan saya bukan 100% tepat. Kerana pandangan saya mengikut pengalaman yang saya hadapi.

Rezeki Allah berikan kepada saya antaranya berada dalam kumpulan Ustaz Yazid Ismail dalam Public Mutual. Saya masih ingat teguran ustaz kepada kami.

Benci macam mana pun kita pada manusia jangan pernah kita block di mana mana media sosial seperti FB, IG, whatsapp, telegram dan sebagainya. Kelakuan kita block manusia tanda dalam diri kita awal-awal dah ada tolakan pada orang lain. Macam mana orang lain akan mudah dengan kita kalau kita awal awal dah tolak orang lain? Andai ada perkataan yang negatif, abaikan insha Allah nanti akan ada orang lain yang akan tenangkan dan positifkan orang tu.

Namun begitu, bila dah sampai tahap mudharat dan mampu buatkan kita mental hingga mahu bunuh orang. Block menjadi keperluan.

Apapun tindakan orang lain, kita doakan agar kita dan dia menjadi orang yang dekat kepada Allah S.W.T. Insha Allah


No comments: