Tuesday, May 23, 2017

Rendah Diri Akhlak Mulia

Lawan perkataan kepada rendah diri adalah angkuh dan sombong.

Allah tidak suka kepada hamba-Nya yang sombong dan membanggakan diri. Sama ada melalui kata dan perbuatan kita.

Sebagaimana yang telah direkodkan di dalam hadith baginda S.A.W yang sahih melalui riwayat Abu Daud (Hadith 4895). Mafhumnya berbunyi:

"Sesungguhnya Allah SWT telah mewahyukan secara khusus kepadaku agar kalian bersikap rendah hati sehingga tidak ada seorang pun yang membanggakan diri terhadap orang lain"

Hadith baginda SAW jelas menunjukkan kepada kita 2 perkara yang penting:

  1. Rendah hati dan rendah diri penting dalam menlazimi kehidupan seharian kita sebagai manusia.
  2. Bangga diri merupakan akhlak yang dibenci Allah dan manusia.
Dua perkara ini penting dalam menjadikan kita sebagai manusia yang beradab dan berakhlak mulia.

Ada juga pesanan Allah di dalam al-Quran yang bermaksud:

"Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang."
Surah al-Isra, ayat 37.

Semoga Allah senantiasa menjaga kita daripada perkara yang menjauhkan diri kita daripada syurganya.


No comments: