Thursday, August 17, 2017

Fanatik ASWAJA dan WAHABI mengajak kepada perpecahan

Dulu dulu orang selalu laungkan asabiyyah perkauman, sekarang Alhamdulillah dah takda dah.

Kemudian asabiyyah kenegerian, Alhamdulillah sekarang pun dah takda.

Makin hari dunia makin maju dengan teknokogi. Asabiyyah hari ini bukan macam dulu, tak main dah asabiyyah kaum dan asabiyyah negeri.

Hari ni tinggal lagi asabiyyah berbentuk ideologi. Asabiyyah wahabi, asabiyyah aswaja. Huhuhu. Lebih teruk sampai melabelkan dengan label label yang tak melambangkan akhlak seorang muslim.

Padahal semua masih bersaksi bahawa Allah itu Esa, Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah, solat jemaah di masjid 5 waktu, lidah sering basah dengan alunan kalam Allah dan zikrullah. Allahu.

Semoga Allah hapuskan perpecahan di kalangan umat Islam hari ini, terutama dalam negara kita.

Sungguh, asabiyyah itu merugikan.

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri atas tanah, akan kembali kepada tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Buya Hamka.


No comments: