Friday, September 1, 2017

Belah Lembu Tepi Jalan

Dekat rumah pagi tadi selepas solat raya dan sarapan pagi. Adik macam hari-hari biasa, aktif dan lincah. Selalu menari dan menyanyi hasil pengaruh kartun barbie di Youtube. 

Tadi Adik tengah syok menyanyi sambil berlari di ruang keluarga sampai depan tingkap rumah tiba tiba diam, macam kena sampuk. Risau la juga dibuatnya. Kebetulan masa tu saya duduk di hadapan TV sambil mengecas telefon pintar daripada peranti njoi. 

Tingkap dekat rumah mak ni saiznya seperti pintu. Cuma lebar je yang separuh pintu. 

Adik yang tiba-tiba diam tadi terus menjerit. Dengan muka terlopong kepelikannya. 

"MAK! MAK! Ada orang belah lembu depan rumah!" 

Mak dah hampir pengsan terkejut Adik menjerit. 

"Harini kan Hari Raya" Jawab mak

"Hari raya?" Soal adik yang masih bingung.

Manakan tidak, hari raya yang seronok bagi kanak-kanak ni hari raya Aidilfitri. Sunat makan sebelum solat sunat hari raya. Kemudian dengan aktiviti ziarah menziarahi. Bercampur pula dengan adat Melayu Malaysia yang menlazimi pemberian ang pao kepada anak-anak kecil ni. Memang itulah gambaran rayanya. Hehehe

Selamat Hari Raya dik.

No comments: