Tuesday, April 17, 2018

Rahmah Allah Senantiasa Ada

Rahmah Allah Senantiasa Ada

Hidup ni tak sempurna tanpa kesalahan yang kita dah lakukan kelmarin. Dengan kesalahan kelmarinlah kita belajar menjadi manusia yang lebih baik.

Sedangkan nabi juga ditimpa ujian. Apatah lagi kita, manusia biasa. Memang akan terdedah pada pilihan yang akan buatkan kita terpesong dari jalan yang menuju ke syurga. 

Persoalannya, apa tindakan kita bila kita sedar apabila kita terpesong dari matlamat yang hakiki? Iaitu syurga Allah.

Kita hadapi dengan positif. Atau, kita elakkan diri kita daripada kembali ke jalan yang benar?

Firman Allah SWT:

IMG_0803.PNG

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasih"

Seteruk mana salah kita, rahmah Allah akan senantiasa ada bersama kita. Persoalannya, adakah kita angkat tangan dan berkomunikasi dengan Allah SWT? Minta petunjuk agar Allah lorongkan pada keputusan yang benar. 

Sebusuk mana pun kita, Allah akan tetap terima kita. Jangan takut untuk kembali kepada Allah, tempat bergantung manusia yang hakiki.

Allah Maha Pengampun. 

IMG_0804.PNG

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."


Apa pun jua keadaan kita, doa. 

No comments: