Monday, May 14, 2018

Mutiara yang Hilang

Bila menziarahi negara-negara yang baru membangun seperti Kemboja, Vietnam, India dan lainnya berbanding dengan negara maju seperti Singapura, Jepun dan lainnya.

Paling jelas kelihatan disamping bangunan yang tinggi adalah tahap kebersihan di negara tersebut.

Kemajuan harus diukur dengan penguasaan nilai moral manusia bukan pada ketinggian bangunan.

Err, tengah-tengah menulis ni baru sahaja nampak pemandu jalan raya buang sampah dari dalam kereta ke jalan raya! 

Bila diberi peluang untuk membina organisasi kecil seperti di Madrasah Tahfiz ini, saya ambil peluang untuk jadikan organisasi ini untuk kelihatan kemas dan bersih. Tambahan lagi bila berada di bangunan yang baru, mestilah lebih penting untuk menjaga kebersihan dan kekemasan.

Dalam surah al-Baqarah ayat 222, yang bermaksud,

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri.”

Banyak tafsiran yang boleh diterjemahkan daripada ayat ini berkaitan dengan mensucikan diri. Apa yang boleh saya kategorikan bersih di dalam kefahaman saya adalah, bersih dari 2 sudut atau 2 dimensi. Iaitu suci dari sudut rohani dan suci dari sudut fizikal.

Sesuai dengan ikrar pelajar yang saya ambil daripada rukun Kaedah Khalifah. Menjadikan alam sekitar ini bersih dan cantik. Chewah.

Bangunan sekolah dah hebat dan indah, tinggal lagi hendak tanamkan dalam jiwa anak-anak ini nilai moral.


Bersama membina keperibadian mukmin yang cemerlang untuk generasi masa depan. Sungguh kerja mendidik ini bukanlah sesuatu yang mudah. Dengan sinergi tenaga dan idea insha Alah boleh dicapai dengan lancar.

Sama-sama kita membantu dalam perkara kebaikan. 

Fastabiqul khairat.
x

No comments: