Saturday, November 17, 2018

Hormat diberi bukan dipinta

Menguruskan manusia untuk mendidik menggunakan kasih sayang sangat mencabar.

Tambahan lagi bila mana guru cuma ada pengalaman diri sendiri sebagai pelajar dan bukan sebagai guru.

Sering kali guru akan menggunakan jalan pintas untuk dapatkan ketaatan pelajar.

Hormat itu diberi. Bukan dipinta.

Menggunakan kekerasan dalam tarbiah satu jalan celaka kerana bercanggah dengan sunnah nabi.

Jadilah lelaki sejati bukan lelaki bacul!

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ (54)

Al Maidah ayat 54.

Saturday, September 8, 2018

Buat Kerana Takut

Masa nak drive, mesti isteri akan beritahu.

"Suami, pakai tali pinggang keledar. Untuk keselamatan."

Suami pun pandang si isteri.

"Eh orang pakai tali pinggang keledar sebab takut kena samanlah!"

Saja provoke. Isteri gelakkan saja.

Memang selalu orang nasihatkan jangan bawa laju nanti kena saman. Pakai tali pinggang keledar nanti kena saman.

Semua perkara baik disuruh sebab takutkan manusia.

Tapi isteri selalu sebut pakai dan buat untuk kelesamatan.

Semuanya dengan dasar Maqasid Syariyyah iaitu Hifzun Nafs (menjaga nyawa).

Sama macam nasihat Abah masa kecil-kecil dulu.

Friday, September 7, 2018

Denda kepada Pelajar

6 bulan lepas bila saya lapor diri di sini, kes pertama saya hadapi adalah hukuman guru kepada pelajar keterlaluan.

Rotan hingga berbirat badan pelajar.

Jadi saya haramkan penggunaan rotan buat sementara waktu. Guru pun masih muda memang darah mudanya membuak-buak kepanasan bila pelajar buat salah.

Saya tak salahkan guru kerana saya melihat tiada proses pembelajaran kepada para guru di sini. Tiada proses latihan pedagogi kepada para guru. Bagaimana hukuman boleh dilakukan dan sebagainya.

Mesti didik.

Hari ini isu denda dan hukuman dibincang secara serious antara guru. Hasilnya, buku rekod hukuman dan denda dibuat.

Setiap guru yang ingin menjatuhkan denda kepada pelajar mestilah dalam keadaan waras bukan beremosi. Semestinya hanya untuk mendidik.

Setiap hukuman dijatuhkan wajib ditulis dalam buku laporan kenapa mengapa denda dijatuhkan, relevan denda diletakkan kepada pelajar terbabit, di mana hukuman dijalankan sama ada di khalayak ramai atau tidak dan dilaporkan kepada pengetua saban minggu.

Saya berpesan pada mereka. Macam mana hukuman yang dibuat, biarlah berlandaskan kasih sayang. Kita semua menyambung perjuangan nabi sebagai muallim. Haruslah bersikap rahmah kepada anak didik kita.

انما بعثت معلما

Friday, August 31, 2018

Sambutan Hari Kemerdekaan

Alhamdulillah, rupanya dah 61 tahun negara kita Malaysia dah merdeka.
Ingat lagi semasa kecil, Abah akan bawa adik beradik sambut Hari Merdeka di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah supaya anak-anak rasa sayangkan negara dan hargai kemerdekaan.

Terima kasih Abah.

Semalam, Alhamdulillah kali pertama menyambut Hari Kemerdekaan di perkampungan orang asli di Gerik.